Wednesday 30 May 2012

Rahsia Di Sebalik Senyuman


HANYA dengan senyuman sebenarnya mampu untuk membantu mengubah kehidupan seseorang. Senyuman juga adalah merupakan bahagian paling unik yang ada pada diri anda. Berdasarkan kajian yang telah dilakukan, terdapat beberapa RAHSIA DI SEBALIK SENYUMAN…

 (1) Membantu memanjangkan hayat seseorang
Berdasarkan kajian yang telah dilakukan terhadap 230 orang pemain baseball beberapa tahun yang lepas, penyelidik mendapati bahawa seorang yang mudah senyum kebiasaan hayatnya akan lebih panjang berbanding yang bermuka serius. Situasi ini pula dikaitkan dengan aura positif yang dikeluarkan apabila anda senyum untuk membantu menguatkan lagi fakta ini.

(2) Mempengaruhi minda separa sedar
Penyelidik juga mendapati bahawa dengan senyuman dapat membantu seseorang untuk menukar perkara negatif menjadi satu perkara yang positif. Proses ini berlaku kerana minda separa sedar mereka telah dipengaruhi. Sebagai contoh, satu tugasan yang sukar akan menjadi lebih mudah sekiranya ia cuba diselesaikan berserta senyuman.

(3) Mempengaruhi orang lain
Senyuman bukan sahaja boleh memberi aura positif terhadap diri anda sahaja, malah ia turut mampu untuk mempengaruhi orang lain. Sebagai contoh yang biasa anda lalui, apabila anda senyum terhadap seseorang, kebiasaannya mereka juga akan turut membalas senyuman walaupun ketika itu mereka sedang berada dalam masalah. Ini menunjukkan bahawa mereka sebenarnya telah berjaya dipengaruhi. Untuk beberapa saat ia mampu untuk mengalihkan pemikiran mereka daripada memikirkan mengenai masalah yang sedang dihadapi.

(4) Senyuman tulen dan senyuman palsu
Kebiasaannya, seseorang yang peka terhadap situasi pasti berjaya mengesan samaada senyuman yang diberikan samaada tulen atau palsu.  Untuk mengesan senyuman palsu, anda perlu melihat reaksi terhadap matanya. Sekiranya merasakan ianya berlainan, mungkin ia adalah senyuman palsu. Ini berlaku kerana otak sukar untuk menafsirkan dua cas yang berlainan dalam satu masa yang sama. Sebagai contoh, pasti agak sukar untuk anda ketawa ketika anda sedang menangis. Ini berlaku kerana otak mengambil masa untuk menafsirkannya disebabkan oleh cas yang berlainan.

(5) Rawatan muka
Mungkin sudah ramai yang mengetahui bahawa senyuman adalah terapi terbaik untuk awet muda. Ia sememangnya benar dan juga terbukti secara saintifik. Ini berlaku kerana ketika seseorang senyum, ia akan menggerakkan beribu-ribu saraf muka yang dapat membantu untuk penegangan kulit. Ia dapat melambatkan lagi proses untuk kulit anda daripada mengecut atau berkedut.

senyum x perlu kata apa2...senyum
@_@
dyanna yusof!

Rahsia Disebalik Ais


ZAT di dalam ais tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia. Banyak sungguh fakta kelebihan ais. Secara saintifik, dalam blog ini telah diterangkan dengan lebih mendalam dalam katagori Teori Tekanan. Secara ringkasnya berikut ialah fakta kelebihan ais;

• Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa.

• Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.

• Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak dalam cuaca begini.

• Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas.

• Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.

• Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan.

• Benarkan anak anda mengunyah ais kerana ini akan menguatkan giginya dan benarkan anak anda memakan ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan sehingga batuknya hilang dalam masa beberapa jam kerana mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total.

• Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan.

• Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan.

• Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan.

• Air sejuk adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam.

• Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat.

• Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh.

• Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang telah terkena panas cahaya matahari yang pastinya akan mengganggu sistem deria pada kulit.

• Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang jahat.

• Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan.

• Air sejuk akan menguatkan tulang bayi.

• Air sejuk akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan.

• Air sejuk dalam rahsia ais memegang rahsia kepadatan molekul kristal yang paling keras iaitu Intan.

• Air sejuk adalah kuasa penyerap yang amat sesuai dijadikan sistem penghantaran tenaga yang paling cekap sehingga ke dasar sel yang jauh dan menyeluruh.

• Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar.

• Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan dengan urik asid akan meningkatkan suhu tulang dan melemahkan struktur tulang.

• Air sejuk lebih stabil molekul atomnya.

• Air sejuk lebih peka kepada gelombang frekuensi rendah yang dirakamkan melalui niat dalam amalan berwuduk.

• Air sejuk dapat merakamkan gelombang frekuensi rendah lebih stabil.

• Air sejuk sesuai dijadikan air penawar kepada orang yang ingin merakamkan bunyi dalaman yang disertai dengan rasa kasih sayang dan keikhlasan.

• Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia amat berkesan meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah.

• Tubuh secara semulajadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk.

• Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Adalah menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan unsur-unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk di awal pagi kerana ia akan menguatkan perut.

Air sejuk ada kebaikan dan keburukannya. Bg pesakit asma, air sejuk tidak berapa elok. Kesimpulannya, pesakit asma tidak digalakkan guna air sejuk banyak-banyak untuk elak daripada mendapat kemudaratan daripada mendapat kebaikan.

Semoga anda bergembira dengan maklumat yang diberikan. Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif Colour Vibration Therapy untuk merawat sebarang jenis penyakit termasuk yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh yang merangkumi peringkat spiritual, mental, emosi dan fizikal, sila hubungi saya. Saya sedia ikhtiar dengan sedaya upaya membantu walau di mana anda berada, Insya Allah.

~bwu tau jgk nim ~ aish byk nye benda aku x tau rupanya... huhuhu..~

dyanna yusof
@_@

Perkara Kita Mesti Tahu Tentang Sikat Rambut


PERNAHKAH kita terfikir cara menyikat rambut yang berbeza akan memberikan kesan yang berlainan? Selama ini, tak pernah ambil berat pun soal cara menyikat rambut. Kadang-kadang sikat sambil duduk dan kadang-kadang sikat sambil berdirilah.

 - Sekiranya kita sikat rambut sambil duduk, ia bakal menguatkan otot jantung.

- Sebaliknya jika sikat rambut sambil berdiri, ia akan melemahkan jantung.

 Selain melemahkan jantung, bersikat secara berdiri akan menyebabkan kita terjebak dalam masalah hutang.

 Di samping itu, sekiranya kita menggunakan sikat yang diperbuat daripada perak @ silver ataupun sekadar bersadurkan perak, hukumnya adalah MAKRUH.

Seperkara lagi, Nabi S.A.W juga melarang kita sikat rambut dalam bilik mandi atau bilik air.

Tapi, kenapa???

Sebab ia hanya akan melemahkan umbi rambut.

oooo...jd ni lah kisah sikat rambut..!! aku bwu tau nim... sebb tu aku byk berhutang!!! opsss! hahaahhaha... xpe da nk abis byr pom... hehehe....

by
dyanna yusof
@_@

5 Bahasa Tubuh Yang Menjadikan Seseorang Menarik


1. TAMPILKAN keyakinan walaupun perasaan takut didalam
- Sesiapa yang berkeyakinan pasti akan menarik minat pada sesiapa yang melihatnya. Seseorang yang berkeyakinan selalunya berdiri tegak, bahu yang sedikit terangkat dan dada yang terbuka. Mereka juga akan berjalan lebih laju sedikit daripada orang kebiasaan. Selain daripada itu orang yang berkeyakinan akan kurang mengerdip mata mereka. Pada kebiasaannya seseorang akan mengerdip mata anta 8 hingga 16 kali setiap minit. Ada pendapat pakar menyatakan sekiranya mengerdip mata sebanyak kurang daripada 6 kali, ia menunjukkan mereka seorang yang tenang.

2. Kenali isyarat yang menunjukkan seseorang tertarik pada anda
- Walaupun tidak diluahkan dengan kata-kata, tetapi anda pasti dapat mengagak pada seseorang yang tertarik pada anda melalui tingkahlaku mereka. Beberapa contoh yang menunjukkan seseorang berminat adalah seperti mengambil berat, cuba dapatkan perhatian dari seseorang, dan sebagainya. Tanda-tanda ini mungkin kelihatan jelas, mereka mungkin ingin menyampaikan sesuatu objektif secara tersirat. Ianya amat penting khususnya lelaki dan akan membuatkan mereka lebih menarik.

3. Elakkan membuat isyarat yang membuatkan orang lain tdak selesa
- Sebagai contoh adalah ketika seseorang sedang bercerita atau meluahkan sesuatu perasaan, jangan membuat kerja lain yang akan membuatkan mereka tidak selesa. Mereka mungkin akan merasakan kehadiran mereka mengganggu anda. Sekiranya anda betul-betul tidak ingin diganggu berterus terang sahaja daripada melakukan isyarat yang menyinggung perasaan. Ini kerana dengan menunjukkan isyarat akan memberi kesan lebih mendalam daripada anda berterus terang.

4, Jangan tunjukkan anda seorang yang gelojoh atau terdesak
- Seseorang yang gelojoh atau terdesak untuk mendapatkan sesuatu pasti dapat dikesan. Ini kerana kebiasaannya mereka akan cuba dengan cara memaksa tanpa mereka sendiri sedari. Ia juga menunjukkan gambaran awal pada orang lain bahawa mereka adalah golongan yang kurang mendapat perhatian dan kasih sayang. Walaupun anda terlalu minat terhadap sesuatu jangan sesekali tunjukkan gelojoh atau terdesak kerana dikhuatiri anda pula akan dimanipulasi oleh orang lain yang mengmbil kesempatan terhadap keterdesakan anda.

5. Senyum
- Ini merupakan cara paling mudah untuk seseorang kelihatan menarik. Dengan hanya memberi senyuman sudah cukup untuk membuatkan orang lain tertarik pada anda. Ini kerana dengan senyuman dapat memberi seribu satu tanggapan positif terhadap orang lain. Ia bukannya hanya untuk diri sendiri kelihatan menarik, malah mampu juga untuk memberikan keyakinan kepada orang lain.

by
~dyannayusof~
@_@

Wednesday 23 May 2012

Dosa-Dosa Dan Balasan Orang Meninggalkan Solat


Orang-orang yang meninggalkan sembahyang fardhu dengan sengaja tanpa keuzuran syarie adalah berdosa dan akan dibalas dengan azab iaitu neraka Saqar sebagaimana firman Allah s.w.t . yang bermaksud :
“Apakah yang menyebabkan kamu diheret ke neraka Saqar ? Mereka menjawab : “Kami tidak menunaikan sembahyang”.

Sementara itu setengah para ulama’ membuat andaian berdasarkan hadis-hadis orang-orang yang meninggalkan sembahyang fardhu itu itu sama nilaian dengan dosa seperti berikut:

“Sembahyang Subuh”
Barang siapa yang meninggalkan sembahyang subuh , nescaya Allah akan mencampakkannya ke dalam neraka selama 60 tahun.

“Sembahyang Zohor”
Barang siapa yang meninggalkan sembahyang zohor dengan sengaja dosanya sama dengan membunuh 1000 orang Islam

“Sembahyang Asar”
Barang siapa yang meninggalkan sembahyang Asar dengan sengaja , dosanya sama dengan seperti ia meruntuhkan Ka’abah (Rumah Allah)

“Sembahyang Maghrib”
Barang siapa yang meninggalkan sembahyang Maghrib dosanya sama seperti ia berzina dengan ibunya atau anak perempuan bagi orang-orang lelaki ataupun berzina dengan bapa atau anak lelaki bagi orang-orang perempuan.

“Sembahyang Isya”
Barang siapa yang meninggalkan sembahyang Isya’ nescaya Allah tidak akan redha ia tinggal di dunia ini ( bumi Allah ) dan menggunakan segala nikmat kurniaan Allah. Segala gerak geri adalah semata-mata dalam keadaan berdosa kepada Allah s.w.t.

Di antara hadis yang menyebut mengenai dosa orang yang meninggalkan sembahyang ialah :
Sabda Nabi s.a.w. :
“Sembahyang itu tiang agama, sesiapa yang mendirikannya maka ia mendirikan agamanya, dan barang siapa yang meringankan sembahyang maka ia akan diseksa dengan beberapa perkara:

“Enam perkara seksaan di atas dunia”

Dihilangkan berkat sedikit demi sedikit yang ada pada umurnya
Dikurangkan rezeki di dalam usahanya
Tiada dipelihara baginya agama Islam
Dikurangkan pengaruh-pengaruh baik pada dirinya
Segala amal kebajikan yang diamalkan dalam dunia ini tiada diberi pahala oleh Allah akan dia.
Tiada diangkat oleh malaikat ke langit akan segala amalnya

“Tiga perkara sewaktu hendak mati”

Dimatikan dalam kehinaan
Dimatikan dalam keadaan sangat lapar
Dimatikan dalam keadaan sangat kehausan walaupun dituangkan air kekerongkongnya sebanyakmanapun

“Tiga perkara sewaktu dalam kubur”

Dihimpit tanah dalam kuburnya sehingga keadaan tulang selangkanya remuk sama sekali dan Tuhan memerintahkan malaikat Munkar dan Nankir menyiksanya sehingga hari kiamat.
Didatangkan Allah seekor ular besar bernama SHWAUN-RAK yang keadaannya sangat dasyat, matanya seperti guruh dilangit menggigit dan membenamkan kukunya kepada mangsanya hingga hari kiamat.
Didatangkan malaikat yang bertongkat besi, sambil berkata dengan suara yang ganas dan kuat seperti guruh di langit seraya berkata:
“Aku diperintahkan oleh Allah memalu (memukul) engkau
daripada subuh hingga zuhur, dan zuhur hingga subuh”
Tiap-tiap kali pukul atau paluan itu tertanam tubuh kita hingga 70 hasta ke dalam tanah, maka dikeluarkan pula kukunya yang mana keadaan memakan masa selama sehari semalam dalam perjalanan.


dyannayusof<3

Posisi Jerawat Petunjuk Kepada Kesihatan Seseorang


Hiasan
Oh..Tidak! Jerawat. Kebanyakan orang pernah naik jerawat di muka tidak kira besar atau kecil. Kalau tengok cermin mesti tidak sah kalau anda tidak belek-belek muka, nampak jerawat mulalah rasa sakit hati dan geram kan? Itu perkara biasa.

Ada setengah orang cakap jerawat ini menyusahkan dan memalukan bila sudah naik banyak-banyak di muka. Sampai ada yang sanggup tidak mahu keluar rumah bila muka berjerawat. Betul ke? Tapi jerawat tak boleh dibiarkan sebabkan kesannya sangat teruk.Tapi tahukah anda posisi jerawat boleh memberi petunjuk ataupun isyarat tentang kesihatan kita walaupun bukanlah secara menyeluruh? Menarik bukan? Jom teruskan membaca info dibawah.

Jerawat kat DAHI
Haba badan yang melampau serta peredaran darah yang tidak baik menjadi punca kepada naiknya jerawat kat dahi kita. Orang yang ada jerawat kat dahinya selalunya memiliki sifat panas baran.

Untuk menghindari, dinasihatkan supaya menjadikan amalan untuk tidur awal serta bangun awal. Selain itu pastikan dapat tidur yang cukup dan minum air banyak.

Jerawat kat HIDUNG
Kalau jerawat di batang hidung, ianya bermaksud tulang belakang kita mungkin bermasalah. Jika ianya di hujung hidung mungkin disebabkan haba perut melampau dan sistem penghadaman yang tidak normal.

Dan jika di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dengan ovari atau sistem reproduksi yang mempunyai masalah.

Jerawat kat DAGU
Kalau jerawat tumbuh di dagu pula, berkemungkinan fungsi buah pinggang telah terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Untuk kaum wanita yang mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca daripada haid yang tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.

Jerawat kat PIPI
Jika jerawat tumbuh di pipi kiri, fungsi hati mungkin kurang lancar seperti dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah. Jika di sebelah pipi kanan, fungsi paru-paru berkemungkinan tidak normal.

Jerawat kat BADAN (Belakang dan Depan)
Bagi jerawat yang tumbuh di belakang atau depan badan ianya memberi petanda kemungkinan sistem perkumuhan bermasalah, seperti terkena sembelit. Dinasihatkan supaya mengamalkan pemakanan yang sihat bagi memastikan toksin tersingkir dengan lebih baik.

Nampaknya ada yang terus menghadap ke cermin untuk melihat posisi jerawat anda. Walaubagaiman pun artikel yang dikongsikan ini adalah sekadar rujukan sahaja. Untuk mendapatkan maklumat lebih jelas mengenai tahap kesihatan, anda perlulah mendapatkan rawatan dan nasihat doktor.

P/S: Tips untuk kulit sihat

Anda dinasihatkan untuk minum sekurang-kurangnya 8 gelas air kosong sehari. Ini akan membantu anda utk menyeimbangkan suhu badan dan membebaskan toksik yang tidak dikehendaki daripada tubuh badan kita. Ia juga membantu pelawasan.


dyannayusof<3

Ketahui 7 Sikap Wanita Dengan Melihat Cara Berjalan


1. Kelihatan Seperti Tidak Memijak Tanah
 Golongan wanita yang jalannya berginjat, wanita ini kononnya bersifat tidak jujur, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain terutamanya ketika berbual. Dia juga dikatakan terkenal dengan sikap egonya. Dan yang lebih parah, wanita ini biasanya seorang yang boros atau suka membazir tanpa berfikir sebelum berbelanja. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.

2. Sering Menoleh Ke Kanan Dan Kiri
 Wanita yang berjalan seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita yang berjalan seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri, dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Kononnya wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.

3. Suka Menunduk
 Wanita seperti ini katanya memiliki sifat yang tertutup. Dia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditawan hatinya. Di samping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan percintaan. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hatinya, dijamin lelaki itu akan beroleh kebahagiaan. Ini kerana, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

4. Berjalan Menatap Lurus Ke Depan
 Mereka yang berjalan seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, dan bukannya mudah hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meskipun pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jadi tak hairanlah kalau wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang perpengalaman luas.


5. Badan Bergerak ke Kanan dan Kiri
 Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian selalunya bersikap tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia menganggap itu sebagai perkara kecil. Walhal masalah itu sebenarnya agak rumit dan memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.

6. Badan Nampak Tegak
 Wanita ini tegas dalam menentukan sesuatu. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya selalu serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Dan yang menarik tentang wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa menghilangkan sifat-sifat romantiknya.

7. Berjalan seperti Zirafah
 Maksudnya, ketika melangkahkan kaki, badannya kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika berbual dengan wanita seperti ini sedikit sebnayak kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.

Panduan ini bukanlah semata mata hanya berguna untuk lelaki tapi boleh jugak di jadikan peringatan kepada wanita wanita diluar agar berjalan dengan sopan. Macam biasa, tip ini hanya panduan bukan semestinya betul dan setiap individu adalah berlainan. Sekian. Wallahualam.

Rahsia Warna Kegemaran Lelaki


Putih
Melambangkan kesucian dan kesegaran .Ia simbol seorang yang ingin memulakan hidup baru.Ia ibarat kain kanvas yang menunggu lakaran seorang artis .Ia juga melambangkan kebersihan dan kebolehan professional.

Merah
Melambangkan tenaga fizikal..Dari segi kebaikannya dia melambangkan bahawa pemakainya dapat menyelesaikan kerja-kerjanya. Aspek negatifnya ,ia melambangkan bahawa pemakainya memaparkan paksaan dan keagresifan .Merah juga berkait denagn tenaga seksual ,juga kemarahan.

Jingga
Ia adalah campuran merah dan putih . Ia melambangkan sifat kewanitaan .Ia melambangkan cinta, kelembutan dan juga perasaan.

Oren
Warna ini adalah campuran dan kuning .Ia melambangkan kekuatan kerana ia menggabungkan tenaga fizikal warna merah dan daya mental warna kuning .Warna ini melambangkan pencapaian dan pembelajaran tetapi ia di anggap warna yang amat kuat dan pelik bagi setengah setengah orang.

Kuning
Ini adalah warna tenaga mental dan berkait dengan penarian intelektual dalam berbagai bidang.Ia adalah warna yang baik untuk sesiapa yang cuba berfikir dan menumpukan perhatian terhadap sesuatu ,tetapi bagi setengah orang ia di anggap warna yang memaksa .Ada juga mengaitkan kuning dengan sikap pengecut.

Hijau
Warna ini adalah kombinasi kuning dan biru .Ia di anggap warna alam .Ia berkait dengan pertumbuhan dan pembaikan dan di anggap warna yang baik untuk mereka yang bekerja dengan benda ;benda hidup dan yang menolong atau mengubati orang lain .Sekiranya anda sakit ,adalah baik memakai warna hijau kerana ia menolong tubuh untuk mengubati diri .Ia juga warna yang baik untuk berehat dan menenangkan fikiran .Warna hijau di kaitkan dengan cemburu.

Ungu
Ia adalah warna peningkatan spiritual dan tanda memahami apa yang tersembunyi .Orang yang memakai warna ini di katakan mempunyai pengetahuan khas dalam bidang kerohanian .

Hitam
Ia adalah warna yang melambangkan dukacita dan ketakutan .Ia juga melambangkan sifat sofistikated dan boleh menyesuaikan diri.

Coklat
Ia tanda banyak wang .Ia juga tanda pengasih ,dan mempunyai prospek masa depan .Jika mahu banyak wang ,ada yang menyarankan agar memakai warna coklat .

Rahsia Warna Kegemaran Wanita



Hiasan
Menurut pengkaji, wanita dapat dinilai perwatakannya melalui warna kegemarannya. Di sini, disebut serba ringkas tentang wanita, warna dan tafsiran perwatakannya.

MERAH
Berani, emosional, tegas, tamak, tahan melarat dan suka bersenang- senang.

BIRU
Setia pada pasangan, pandai menyimpan wang, kuat kemahuan, suka berterus-terang, jujur, cekap memberi maaf dan tegas.

HIJAU
Subur, suka kepada kebahagiaan, tidak suka bergaduh atau bertekak, patuh pada pegangan agama, suka berhias, teguh pendirian hingga kadang-kadang seakan kolot.

HITAM
Suka menyendiri, prihatin, kuat menghadapi dugaan hidup, tidak mudah dipengaruhi, kuat berfikir, setia pada pasangan, baik hati tetapi cepat tersinggung.

COKELAT
Kaya dengan sifat keibuan, suka merendah diri, sopan santun, halus budi pekerti, hati mudah merasa was-was dan takut berbuat salah.

UNGU
Pemurah dan merdeka hatinya, tidak suka diperintah, berinisiatif, bijak tetapi agak beremosi, keinginannya tidak meluap-luap.

KELABU
Suka merendah diri, tenang, suka mengalah, suka bekorban peranan cerdas dan bijak.

KUNING
Menyukai ilmu, gemar membaca, tekun, cerdas dan tabah menghadapi cabaran.

PUTIH
Bersih fikirannya (tidak banyak prasangka), berkata benar, jujur, rendah hati, sopan santun, ramah, kuat menerima ilmu, sentiasa tenteram hatinya, suka menolong dan hidup bertawakal.