Sunday 17 June 2012

kasih sayang


kasih sayang itu titi,
kasih sayang penghubung hati,
kasih sayang itu tali,
kasih sayang pengikat diri,
dari kasih sayang timbul simpati,
dengan sayang ada persaudaraan
kerna kasih ingin berkasih
saling sayang maaf memaafkan

kasih sayang itu baja
kasih sayang penyubur jiwa
kasih sayang itu penawar
penguat cinta
penghapus duka

kasih manusia sering bermusim
sayang manusia tiada abadi
kasih tuhan tiada bertepi
sayang tuhan janji - NYA pasti....amin

selalunya orang yang kita sayang suka membuatkan kita dalam keadaan teruji,..selalunya orang yang kita sayang suka membuatkan kita terkeliru,..selalunya orang yang kita sayang suka membuatkan kita terluka,..selalunya orang yang kita sayang suka membuatkan kita terkilan,..selalunya orang yang kita sayang suka membuatkan tahap kesabaran kita menipis,..Dan selalunya orang yang kita sayang suka hadir bila memerlukan dan pergi tanpa meninggalkan pesan...

@_@

MENANGIS ???

aduhaiiii..


Air mata kehidupan
Suatu ketika, seorang anak bertanya kepada ibunya, Ibu, mengapa ibu menangis?
Ibunya
menjawab, Sebab ibu adalah perempuan, nak.
Saya tak mengerti ibu, kata
si anak.
Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. Nak, kau memang
tak akan mengerti…

Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya.
Ayah, mengapa ibu menangis?
Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas, sang ayah menjawab.
Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan.

Si
anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya,
mengapa perempuan menangis?
Hingga pada suatu malam, ia bermimpi dan
bertanya kepada Tuhan, Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?
Dalam
mimpinya ia merasa seolah mendengar jawapannya:

Saat Ku
ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama.
Kuciptakan
bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun
juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi
yang sedang tertidur.

Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila ia telah membesar.

Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.

Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.

Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalamkondisi
dan situasi apapun. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan
dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada
anak-anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan
memberikan kenyamanan saat didekap dengan lembut olehnya.

Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sulit dan
menjadi pelindung baginya. Sebab bukankah tulang rusuk yang melindungi
setiap hati dan jantung agar tak terkoyak.

Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan
bahwa suami yang baik adalah yang tak pernah melukai isterinya. Walau
seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang
diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi
dan saling menyayangi.Dan akhirnya,

Kuberikan ia air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar
dapat ia gunakan bila masa pun ia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi
wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah air mata kehidupan....


Ya Tuhan....
berkati lah kami sebagai kaum wanita yg telah engkau jadikan sebaik2nya..aminnn

juz 4 kaum HAWA



HAWA.....................
Andai engkau masih remaja,jadilah anak yang solehah buat kedua ibu
bapamu,andai engkau sudah bersuami,jadilah seorang isteri yang dapat
meringankan beban suami,andai engkau seorang ibu,didiklah anak-anakmu
sehingga mereka tidak gentar untuk memperjuangankan Ad-Din Allah.

HAWA....................
Andai engkau belum berkahwin,janganlah engkau
risau jodohmu,ingatlah janji Allah,bahwa wanita yang baik adalah untuk
lelaki yang baik (surah An-Nur : 26).Jangan dimulakan pertemuan dengan
lelaki yang bukan mukrim,kerana bermula dari mata turun kehati,maka
lahirlah senyuman,dan dikhawatiri nafsu kejahatan yang akan menguasai
diri.

HAWA....................
Lelaki yang baik tidak melihat paras
rupa,lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya,lelaki
yang warak tidak memandang wanita melalui keayuan,kemanjaan serta
kemampuannya untuk menggoncang iman lelaki,tapi lelaki yang baik akan
menilai wanita melalui akhlaknya,pribadinya dan yang penting pegangan
agamanya. Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan
wanita yang bukan mukrimnya,kerana dia tidak mau memberi kesempatan
kepada syaitan untuk menggodanya.Lelaki yang warak juga tidak mau
bermain cinta,kerana dia tau matlamat perhubungan lelaki dan
wanita,iaitu sebuah perkahwinan yang diredhai.

HAWA....................
Oleh itu,jagalah auratmu,awasilah pandanganmu,peliharalah
akhlakmu,kuatkanlah imanmu.Andaikata ditakdirkan tiada cinta daripada
adam untukmu,cukuplah hanya cinta Allah yang memenuhi dan mengisi
kekosongan jiwamu,biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapa serta
keluargamu yang memberi semangat kebahagiaan buatmu.

HAWA....................
Cintailah Allah dengan sepenuh hati dikala
susah dan senang,kerana engkau akan memperolehi cinta daripada insan
yang juga mencintai Allah dengan sepenuh hati,cintailah kedua ibu bapa
serta keluargamu,kerana engkau tidak akan memperolehi cinta yang bahagia
selain dari cinta keluargamu.

HAWA....................
Ingat! Janganlah
sesekali tangan yang menggoncang dunia,juga menggoncang iman lelaki.
Sedarlah akan hakikat kejadianmu.Sabda Baginda s.a.w : "seindah-indah
hiasan didunia ini adalah wanita solehah" (Hadis Riwayat Muslim)
(mujahidah solehah perindu jannah)

YA ALLAH.. terlalu banyak dosa2 ku  terhadap-Mu.. ampunkan lah dosa2ku ...aminn
:-(

6 perkara yang dirahsiakan Allah kepada hambaNYA..


jeng jeng jeng..!!! @_@

1) Allah merahsiakan keredhaannya kepada hambanya yang taat agar hambanya itu tetap terus berbakti atau taat.

2) Allah merahsiakan turunnya Lailatul Qadar di bulan Ramadhan agar hambanya selalu berusaha untuk mencapainya dengan bersungguh-sungguh tanpa mengingat atau mengenal atau merasa bosan.

3) Allah merahsiakan wali – walinya atau hamba hambanya yang soleh kepada orang ramai agar mereka tidak dipuja – puja atau disembah-sembah disebabkan oleh kemuliaannya kerana wali – wali Allah itu tergolong orang yang mempunyai kelebihan ilmu.

4) Allah merahsiakan umur seseorang hamba agar ia selalu bersiap sedia untuk mati dan rajin beramal yang soleh

5) Allah merahsiakan tentang keutamaan salatul wusto atau sembahyang yang utama daripada solat solat yang lain agar hambanya itu tetap rajin dan berusaha mencapainya (Salatul Wusto)

6) Allah merahsiakan tentang siapa jodoh kita nantinya agar hambanya mencari jodoh yang terbaik untuknya


:-) :-)
skunk da tau kan...
@_@

13 PERKARA SEKSI YANG DISUKAI SUAMI


Untuk kelihatan seksi dihadapan suami, ia tidaklah sesukar yang wanita selalu fikirkan.Perkara seksi yang disukai suami bukan sahaja mengenai cara pemakaian yang seksi, barangan alat solek dan sebagainya, tetapi ia mempunyai faktor lain yang mampu untuk menarik perhatian mereka. Mungkin ada sesetengah wanita yang masih tidak sedar mengenai perkara ini. t5 akan menyenaraikan 13 perkara seksi yang disukai suami.

1. Isteri yang menyikat atau mengusap rambut sebelum hendak tidur.
2. Waktu isteri mengejutkan mereka pada waktu pagi.
3. Isteri yang baru sahaja selesai mandi.
4. Ketika rambut isteri mereka masih kelihatan basah.
5. Suara isteri mereka apabila terjaga tidur pada waktu tengah malam. Disebabkan perkara ini ada sesetengah suami menyatakan mereka suka mengejutkan isteri mereka pada waktu tengah malam hanya untuk mendengar suara manja isteri mereka.
6. Mengusap atau bermain dengan perut isteri mereka.
7. Isteri yang memiliki ilmu pengetahuan yang luas.
8. Isteri yang suka memusingkan hujung rambut mereka menggunakan jari. (ia termasuk juga tabiat-tabiat pelik yang lain seperti menggigit kuku, menyanyi didalam bilik mandi, atau sebagainya yang boleh membuatkan suami merasakan anda soerang yang comel)
9. Isteri yang berkongsi minat dengan mereka walaupun sebenarnya isteri mereka tidak berminat mengenai sesuatu aktiviti itu. Hanya melibatkan diri untuk menemani suami mereka.
10. Potongan rambut isteri yang memenuhi citarasa mereka.
11. Cara isteri mereka yang tersendiri untuk menghadapi sesuatu situasi.
12. Bau badan semulajadi isteri mereka.
13. Layanan istimewa yang isteri mereka berikan.
info-info yang berguna bagi ibu-ibu yang mengandung juga kepada ibu-ibu yang baru melahirkan bayi.... ♥♥♥♥

hehehe~ 
sila lah amalkan ye!