Sunday 29 April 2012

Ketawa Pengubat Paling Mujarab Kepada Keresahan


Manusia adalah makhluk tuhan yang tidak pernah lari daripada dibelenggu masalah. Hampir sahaja setiap hari pasti ada dikalangan anda yang dibelenggu dengan pelbagai masalah yang mungkin timbul daripada keluarga, rumah, alam pembelajaran, alam pekerjaan, persekitaran dan banyak lagi yang boleh mendorong anda untuk menghadapi tekanan hidup.

Mampukah anda mengakui bahawa anda bebas daripada tekanan? Tidak dihimpit stres, dibelenggu masalah dan diruntun emosi? Tahukah anda bahawa ketawa itu bukanlah sekadar frasa motivasi? Jom kita ketahui beberapa kelebihan ketawa dalam kehidupan anda.
Mengurangkan Stres

Kadar hormon stres seperti kortisol dan adrenalin cenderung untuk menurun apabila sesorang itu ketawa. Sebenarnya hormon-hormon merupakan sel yang bertanggungjawab menyalurkan tekanan terhadap sistem ketahanan tubuh yang kemungkinannya boleh mendorong kepada jangkitan, penyakit dan kemerosotan kesihatan. Selain ia dapat membantu mengurangkan stres dan meningkatkan fungsi ketahanan tubuh, kajian mendapati bahawa ketawa sangat bermanfaat untuk rawatan pesakit kanser dan HIV.
Memperbaiki Aliran dan Tekanan Darah

Ketawa terbukti dapat menurunkan atau mengimbangkan tekanan darah serta meningkatkan aliran darah vaskular. Kesan secara langsungnya dapat dilihat apabila kelancaran peredaran darah menaik juga peningkatan oksigen dalam darah. Ketawa juga merupakan terapi terbaik untuk memerangi penyakit jantung.
Senaman

Penyelidikan yang dijalankan oleh UOC menunjukkan beberapa kesan baik daripada perlakuan ketawa. Ketahuilah bawaa jumpal tenaga yagn digunakan apabila ketawa sebanyak 100 kali adalah bersamaan dengan 10 minit mendayung sampan atau 15 mini mengayuh basikal.
Ketahanan Tubuh

Dari sudut kesihatan pula, kadar savlivary immunoglobulin A (IgA) dalam badan dapat dipertingkatkan hanya dengan ketawa. IgA merupakan antibodi yang penting bari memerangi bakteria dan jangkitan dalam sistem pernafasan.
Menghilangkan Kesakitan

Sejak dahulu kala, ketawa secara tidak langsung menjadi rawatan secara semula jadi yang membantu untuk menghilangkan rasa sakit walaupun bersifat sementara. Oleh sebab itulah wujudnya frasa ‘ketawa merupakan ubat terbaik’.
Kemahiran Bersosial

Sejauh mana kesedaran anda bahawa ketawa dapat memudahkan sesorang berkomunikasi? Kebiasaanya seorang yang mudah tertawa akan lebih mudah untuk didekati berbanding orang yang serius. Sesuatu perhubungan akan menjadi lebih akrab kesan daripada sering ketawa.
Mengurangkan Agersif

Gelak ketawa boleh menyebabkan seseorang menjadi lebih bertenaga dan kurang agresif. Sifat riang yang dicambah daripada ketawa boleh membantu membentuk perspektif yang leiih jelas tentang apa yang sebenarnya berlaku di sekitar anda. Sedarkah anda, seseorang yang gemar menonton video lucu kurang bersifat agresif berbanding mereka yang tidak atau jarang menontonya.
Memberi Tenaga Organ Dalaman

Seperti yang telah dinyatakan, ketawa mampu meningkatkan aliran darah, mengurangkan hormon stres dan bertindak sebagai sejenis senaman. Dalam kata lain, ketawa membantu mnecerdaskan otak, jantung dan paru-paru serta merangsang organ-organ selari denan tindakan yang dilakukan lantaran memberikan tenaga terhadap orgng-organ ini untuk berfungsi dengan lebih baik.

Jadi pada anda yang selalu dibelenggu dengan kerasahan, mulakan dengan ubatinya dengan ketawa. Jika anda sukar untuk ketawa cari apa-apa bahan yang melucukan seperti membaca komik lawak, menonton video lucu dan sebagainya. Sedikit sebanyak dengan ketawa anda dapat melupakan seketika masalah yang anda hadapi dan dengan itu tekanan anda akan berkurangan. Harus diingatkan, orang yang menghadapi tekanan berlebihan ini akan bertindak agresif dan disebabkan itu mula badan bertindak tanpa berfikir secara rasional.


No comments:

Post a Comment