Thursday 18 August 2011

Puasa - awak @ dia

Puasa adalah dalaman & bukan luaran...kalo tahu mcm mana kita dijadikan, kita akan faham puasa sebenarnya.. y luaran tu hanya pinjaman...ia bukan milik kita...kita adalah dalaman... y di dlm itu lah y menggerakkan semuanya... setiap pergerakan & perbuatan menggambarkan y di dlm.. y di luar akan musnah...

Tetapi, y di dlm itu lah y akan di bawa untuk di adili... jadi, kalo kita tgk dari asal kejadian kita... dalam 100 hari roh akn ditiupkan ke jasad kita dalam perut ibu... jadi roh telah mengaku bahawa tiada TUHAN selain ALLAH SWT & Nabi MUHAMMAD SAW adalah pesuruh ALLAH...

Jadi asal kita bukan dari tanah tapi sebahagian roh ALLAH...tanah hanya sebagai pakaian... dalam dunia ni kita di suruh beramal ibadah & semua ganjaran akan diberi di SANA nanti...

Jadi kalo puasa luaran mmg lapar...tapi kalo puasa dalaman tidak akan lapar.. semuanya milik ALLAH... DIA boleh amik kita bila2 masa jek DIA suka.. kalo kita boleh melihat, kita pasti akan lihat-Nya... apa y kita tgk pasti kita nmpk DIA.. kenali lah diri kita & kita akan kenal ALLAH... semua y terhijab akan di buka oleh-Nya...& kita akan dpt melihat siapakah kita y sebenarnya...

Sebelum ni kita rasa hebat, angkuh, sombong...rupa2nya kita silap...itu bukan kita tpi NAFSU... kita asalnya mempunyai sifat2 ALLAH.. bila kita boleh keluarkan "NUR" y ada di dlm hati kita tu... ia akan terpancar di wajah... Setiap perbuatan & percakapan kita akan jd lain... percayalah...

Cinta kpd ALLAH lebih dari segalanya... kita tdk dpt melihat ALLAH SWT... tpi dgn cinta kita dpt merasakan wujudnya ALLAH... cinta itu satu kenikmatan y ALLAH berikan kpd kita... cinta juga adalah hak DIA...hati awak dan hati saya adalah milik ALLAH.... DIA y tiupkan perasaan itu...cinta itu dtg drpd ALLAH..jdi kalo kita cinta pd ALLAH..DIA akn berikan y terbaik untuk kita... INSYA-ALLAH.....

Snow Princess
Miszz Dyanna a.k.a FD / YaYa
DIF 5919

Monday 15 August 2011

PuJaaN...@_@

Pujaan hati apa khabarmu..?
ku harap kau baik-baik saja
Pujaan hati andai kau tahu
ku sangat mencintai dirimu

Pujaan hati setiap malam
aku berdoa kepada Tuhan
berharap cintaku jadi kenyataan
agar ku tenang meniti kehidupan

Mengapa kau tak membalas cintaku
Mengapa engkau abaikan rasaku
ataukah mungkin hatimu membeku
hingga kau tak pernah pedulikan aku

Cubalah mengerti keadaanku
dan cubalah fahami keinginanku
ku ingin engkau menjadi milikku
lengkapi jalan cerita hidupku
Wahai pujaan hati ku...@_@
$_$       T_T      #_#       <3

Coretan..!

Belajar DIAM dari banyaknya BICARA...
Belajar SABAR dari sebuah KEMARAHAN...
Belajar KESUSAHAN dari hidup SENANG...
Belajar MENANGIS dari sesuatu KEBAHAGIAAN..
Belajar KEIKHLASAN dari KEPEDIHAN...
Belajar TAWAKAL dari UJIAN...
Belajar REDHA dari satu KETENTUAN...

Malam tadi BULAN berkata padaku...
'Jika dirimu tiada berita dari TEMAN mu... mengapa tak kau lupakan saje teman mu itu..? '
aku menoleh pada bulan dan berkata...'BULAN, pernahkah kau tinggalkan langit mu..? sebagaimana setianya dirimu pada langit... begitu juga lah setianya diriku pada TEMAN ku....'

Thursday 11 August 2011

Secebis kata-kata @_@

Bekunya air mata dari kerasnya hati... kerasnya hati dari banyaknya dosa... banyaknya dosa dari lupanya mati..lupanya mati kerana terlalu cintakan dunia.. renung2kan lah...

Hidup memerlukan pengorbanan...pengorbanan memerlukan perjuangan...perjuangan memerlukan kekuatan...kekuatan memerlukan keyakinan..keyakinan menentu kejayaan...kejayaan membawa kebahagiaan...

Hati ibarat sepohon pokok yang kekeringan... suburkanlah ia dengan siraman zikrullah..pasti ianya mekar lantas membuahkan buah amal seranum halawatul iman...usah biarkan ianya layu dengan racun dunia..pagarilah ianya dengan tembok puasa kerana puasa itu menundukkan nafsu serta mendidik jiwa...

Yang dicari, walau bukan putera raja, biarlah putera agama... Yang diimpi, biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata... Yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat rohani, sempurna hati... Yang diharap, bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat..Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang, kerana ana serikandi dengan silam yang kelam...Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia... dan yang akan terjadi, andai tak sama kehendak hati, ana redha ketetapan illahi, itulah ketentuan sejak azali....

Hati itu umpama kaca, jangan biar ia retak... akal itu umpama air, jangan biar ia kering... iman itu umpama debu, jangan biar ia hilang... persahabatan itu pula umpama tali.. jangan biar ia putus...

Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muzik jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan... menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa..

Jangan tertarik kpd seseorg kerana parasnya sebab keelokan paras dapat menyesatkan... Jangan pula tertarik kepada kekayaannya kerana kekayaan dapat musnah. Tertariklah kpd seseorg yang dpt membuatmu tersenyum, kerana hanya senyum yang dapat membuat hari2 yang gelap  menjadi cerah...

Wanita ibarat bunga... cantik indahnya pada pandangan mata hanya sementara.. yang kekal menjadi pujaan manusia, hanyalah wanita yang mulia akhlaknya.. kerana akhlak itu umpama bunga diri.. tiada guna berwajah cantik tetapi akhlak buruk..tiada guna juga berwajah cantik tetapi hati kosong dari ilmu... ibarat bunga... ada yang cantik bila dipandang tetapi busuk baunya...ada pula yang kurang menarik dan baunya juga kurang menyenangkan... ada juga bunga yang tidak menarik pada pandangan mata kasar... tetapi bila dihalusi dengan mata hati, ternyata amat tinggi nilainya...

sekilas kata dari ku..
Miszz dyanna









Keredhaan Illahi...@_@

Biar kepahitan itu pergi.. agar kemanisan mengisi... Biarkan kekecewaan berlalu.. agar kegembiraan mewarnai.. Biarkan kegelisahan lenyap..jangan kita hilang semangat.. Biar penderitaan itu menyapa.. agar kekuatan kita jana semula... Biarkanlah diri ini derita.. agar aku tahu kepahitan derita ini... Agar aku sedar kesengsaraan ini , tak sama bahkan hanya secebis, dari penderitaan Rasulullah SAW... Tuhan sesekali tidak menzalimi hamba-Nya, tapi manusia yang menzalimi diri mereka sendiri... Cahaya kelam pahala dosa, berupaya memilihnya, walau kadang kala tersasar lantaran pautan nafsu...namun peluang dari-Nya sentiasa ada.. namun kasih dari-Nya sentiasa memayungi...

Diturunkan Ad-Din memperhalusi akal... dianugerahkan akal memperhalusi akhlak.. dikurniakan akhlak mencantikkan pekerti.. menjadi sebaik-baik umat.. tunduk sebagai hamba berjalan sebagai khalifah.. menyusuri kehidupan mencari sebutir permata "iman"... menyemai sepohon "taqwa"... agar dapat berteduh dari kepanasan "nafsu" ... agar dapat berlindung dari angin hasutan "syaitan"... dalam mencari "KEREDHAAN ALLAH SWT.."

10 sikap wanita yang disukai lelaki..

1.Sikap Keanak Anakkan

Sikap keanak anakkan dan manja menjadi satu tarikan , asalkan ia tidak sampai menjengkelkan. Wanita yang ceria yang membuatkan lelaki ashik memerhatikan lakunya, sudah pasti membuat lelaki ghairah untuk lebih mengenalinya.
2.Sikap Memahami

Sikap wanita yang memahami membuatkan lelaki berasa dihargai. Sikap ini terpancar apabila wanita itu sering memaafkan dan sentiasa menunjukkan perasaan yang prihatin.
3.Pandai Menghargai

Antara sikap yang penting yang perlu ada, ialah pandai menghargai. Wanita yang menghargai apa jua dilakukan atau diberikan oleh lelaki. Wanita sebegini juga pandai mengambil hati lelaki, kerana dia sentiasa bersyukur apa yang ada padanya.
4.Menjaga Penampilan

Sudah pasti lelaki tertarik kepada wanita yang menjaga kebersihan dan pandai menjaga penampilannya. Sikap ini menunjukkan bahawa wanita itu ialah seorang yang rajin. Bonus, jika wanita itu cantik dan sejuk apabila mata memandangnya.
5.Pandai Berkomunikasi

Lelaki amat suka jika wanita itu pandai berkomuikasi. Kelebihan sebegini menunjukkan wanita itu seorang yang lincah dan cergas. Ia mampu berkomunikasi dengan sesiapa sahaja serta dapat memberi respon yang membuatkan rakan bualnya teruja untuk berkomunikasi.
6.Pandai Bergaul

Pandai bergaul adalah kata yang lebih tepat untuknya. Wanita sebegini pandai menyesuaikan diri tidak kira dalam apa jua situasi. Apabila berada dalam situasi yang baru, dia tidak gentar untuk tampil bergaul bersama.
 7.Simpati dan Prihatin

Manusia tidak kira lelaki atau wanita, mempunyai masa susah senangnya. Wanita yang mempunyai hati yang bersih akan sentiasa bersimpati dan prihatin terhadap situasi yang berlaku. Ini juga mencerminkan kecantikan dalaman seseorang wanita itu.
8.Sikap Menghormati

Aspek menghormati adalah luas. Hormat kepada diri sendiri adalah sikap yang disanjungi lelaki kerana, hormati diri sendiri membuatkan wanita itu secara tidak langsung pandai menjaga kehormatan dirinya. Tidak ketinggalan juga sikap menghormati orang yang dia kenali tidak kira tua atau muda membuatkan lelaki kagum terhadapnya.
9.Sikap Keibuan

Sikap keibuan membuatkan lelaki terbayang bahawa wanita inilah yang dicari selama ini. Sikap ini membuat lelaki menjadi yakin dan pasti bahawa wanita itu akan menjadi tulang belakang yang kuat kepada bakal keluarganya suatu hari nanti.
10.Sikap Penyayang

Sikap penyayang adalah tonggak kepada keluarga untuk pergi lebih jauh. Seseorang wanita yang penyayang, ialah wanita yang penyabar. Sikap penyabar seorang wanita mencerminkan keimanannya terhadap Allah s.w.t.
by Miszz Dyanna a.k.a Yaya
 
 
 
 
 
 
 

Tuesday 9 August 2011

adoii..

asal mata aku pedih sgt ni.. ngntok3..! awal lg ni nk tdo pom... pedih nya!!!!!!!.. oh mata ku... sabar la dikau wahai mata.. jgn pejam sekarang.. aku x ready lg..hihi... @_@

pinggang aku lak.. dari hari ke hari.. dari semasa ke semasa... makin sakit.. bertambah3 sakit..senak gilerrr..!!!! tpi aku.. lg blh tahan.. aku akn tahan.. smpai 1 tahap aku da x mampu nk lawan sakit ni.. aku pasrah jika aku perlu kembali pada-Nya...

Miszz Dyanna a.k.a Miszz DIF 5919
@_@ #_# $_$ %_%

Monday 1 August 2011

TeKaNaN...,mula menguasai Otak..!

ari ni... 01 august 2011... mula berpose...! first day pose pom da byk dugaan... sakit otak aku...byk sgt duk pikir... td kol my mom... so sad... smpai aku nangis ckp ngn mom...x saba nk balik.. lambat nya khamis nk dtg... tension duk kat sini...mujur ade DIF 5919... lega cikit bile tgk dia hepy.. aku pom turut hepy... tpi rindu kat mom.. x usah di kata lah... rindu sgt3..!

aku tension duk sini... harap sem last jek daa.. byk tol tekanan sejak masuk sem baru... kepala hari2 sakit... tmbh lak pinggang turut sakit... kalo ikutkan da lama pinggang x sakit.. tpi sejak dua menjak tiga menjak ni.. pinggang aku selalu bt hal... sakit jek memanjang... tambah lak kalo sejuk.. rasa mencengkam sanubari.. sakit sgt..! nak p check takot... lg pressure lak kalo tol aku ade penyakit.. tpi harap3 aku sihat walafiat... aminn..>_<
 brain aku perlukan senaman...hakhakhakhak..@_@