Sunday 24 July 2011

Anda semakin matang apabila...

Anda dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat anda tidak tercapai..
Anda mampu menyembunyikan perasaan anda yang luka dan tersinggung oleh seseorang dalam kumpulan dan berlaku sebagai biasa...
Anda tidak merasa iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disandung...
Anda dapat menghadapi kebencian orang yang anda benar-benar merasa tidak sewajar dengan mereka..
Anda mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun anda ingin mendapat perkara yang anda fikir boleh dapat..
Anda dapat menahan rasa sakit hati dan malu seandainya anda tidak dpt hidup setaraf dengan rakan sejawat anda yang lain...
Anda terus berlaku adil dan saksama walaupun suasana sekeliling menghalang maksud anda..
Anda dpt menerima kritik atau salah faham org tanpa memperbesar-besarkannya...
Anda memandang jauh ke depan, umpamanya dengan sabar menanggung kesusahan demi kepentingan masa depan, tanpa merasa resah, bimbang dan ragu...
Anda memberi persetujuan kepada pendapat2 yang anda tidak setujui dalam pendebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak senang...
Anda berbahagia bersendirian dengan mempunyai satu kegemaran atau hobi yang benar2 anda minati..
Anda mengaku dengan jujur tidak tahu bila anda betul2 tidak tahu, tanpa merasa malu..
Anda menghadapi org2 tua atau org2 yg lebih berpengaruh tanpa sentiasa berusaha untuk menimbulkan kesan2 negatif..
Anda akan cuba melakukan sesuatu dengan sederhana bukannya berlebih-lebih untuk menunjukkan bahawa anda dpt melakukannya dengan lebih sempurna...
Anda dpt mendahulukan kepentingan org lain wlaupun anda tidak merasa senang kerananya..
Anda boleh berlaku wajar dan saksama terhadap org2 yg tidak anda sukai..
Anda dpt mewujudkan rasa kasih syg, cinta atau blh bersahabat tanpa mendapat tmpat yg utama dlm hidup mereka..
Sekiranya anda lelaki, anda dpt bekerjasama atau bersahabat dgn wanita tanpa berfikir bahawa anda adalah lelaki yang jadi idaman setiap wanita..
Sekiranya anda wanita, anda dpt bekerjasama atau bersahabat dgn org lelaki secara jujur..

No comments:

Post a Comment