Thursday 11 August 2011

Secebis kata-kata @_@

Bekunya air mata dari kerasnya hati... kerasnya hati dari banyaknya dosa... banyaknya dosa dari lupanya mati..lupanya mati kerana terlalu cintakan dunia.. renung2kan lah...

Hidup memerlukan pengorbanan...pengorbanan memerlukan perjuangan...perjuangan memerlukan kekuatan...kekuatan memerlukan keyakinan..keyakinan menentu kejayaan...kejayaan membawa kebahagiaan...

Hati ibarat sepohon pokok yang kekeringan... suburkanlah ia dengan siraman zikrullah..pasti ianya mekar lantas membuahkan buah amal seranum halawatul iman...usah biarkan ianya layu dengan racun dunia..pagarilah ianya dengan tembok puasa kerana puasa itu menundukkan nafsu serta mendidik jiwa...

Yang dicari, walau bukan putera raja, biarlah putera agama... Yang diimpi, biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata... Yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat rohani, sempurna hati... Yang diharap, bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat..Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang, kerana ana serikandi dengan silam yang kelam...Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia... dan yang akan terjadi, andai tak sama kehendak hati, ana redha ketetapan illahi, itulah ketentuan sejak azali....

Hati itu umpama kaca, jangan biar ia retak... akal itu umpama air, jangan biar ia kering... iman itu umpama debu, jangan biar ia hilang... persahabatan itu pula umpama tali.. jangan biar ia putus...

Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muzik jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan... menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa..

Jangan tertarik kpd seseorg kerana parasnya sebab keelokan paras dapat menyesatkan... Jangan pula tertarik kepada kekayaannya kerana kekayaan dapat musnah. Tertariklah kpd seseorg yang dpt membuatmu tersenyum, kerana hanya senyum yang dapat membuat hari2 yang gelap  menjadi cerah...

Wanita ibarat bunga... cantik indahnya pada pandangan mata hanya sementara.. yang kekal menjadi pujaan manusia, hanyalah wanita yang mulia akhlaknya.. kerana akhlak itu umpama bunga diri.. tiada guna berwajah cantik tetapi akhlak buruk..tiada guna juga berwajah cantik tetapi hati kosong dari ilmu... ibarat bunga... ada yang cantik bila dipandang tetapi busuk baunya...ada pula yang kurang menarik dan baunya juga kurang menyenangkan... ada juga bunga yang tidak menarik pada pandangan mata kasar... tetapi bila dihalusi dengan mata hati, ternyata amat tinggi nilainya...

sekilas kata dari ku..
Miszz dyanna









No comments:

Post a Comment