Orang-orang yang meninggalkan sembahyang fardhu
dengan sengaja tanpa keuzuran syarie adalah berdosa dan akan dibalas dengan
azab iaitu neraka Saqar sebagaimana firman Allah s.w.t . yang bermaksud :
“Apakah yang menyebabkan kamu diheret ke neraka
Saqar ? Mereka menjawab : “Kami tidak menunaikan sembahyang”.
Sementara itu setengah para ulama’ membuat andaian
berdasarkan hadis-hadis orang-orang yang meninggalkan sembahyang fardhu itu itu
sama nilaian dengan dosa seperti berikut:
“Sembahyang Subuh”
Barang siapa yang meninggalkan sembahyang subuh ,
nescaya Allah akan mencampakkannya ke dalam neraka selama 60 tahun.
“Sembahyang Zohor”
Barang siapa yang meninggalkan sembahyang zohor
dengan sengaja dosanya sama dengan membunuh 1000 orang Islam
“Sembahyang Asar”
Barang siapa yang meninggalkan sembahyang Asar
dengan sengaja , dosanya sama dengan seperti ia meruntuhkan Ka’abah (Rumah
Allah)
“Sembahyang Maghrib”
Barang siapa yang meninggalkan sembahyang Maghrib
dosanya sama seperti ia berzina dengan ibunya atau anak perempuan bagi
orang-orang lelaki ataupun berzina dengan bapa atau anak lelaki bagi
orang-orang perempuan.
“Sembahyang Isya”
Barang siapa yang meninggalkan sembahyang Isya’
nescaya Allah tidak akan redha ia tinggal di dunia ini ( bumi Allah ) dan
menggunakan segala nikmat kurniaan Allah. Segala gerak geri adalah semata-mata
dalam keadaan berdosa kepada Allah s.w.t.
Di antara hadis yang menyebut mengenai dosa orang
yang meninggalkan sembahyang ialah :
Sabda Nabi s.a.w. :
“Sembahyang itu tiang agama, sesiapa yang
mendirikannya maka ia mendirikan agamanya, dan barang siapa yang meringankan
sembahyang maka ia akan diseksa dengan beberapa perkara:
“Enam perkara seksaan di atas dunia”
Dihilangkan berkat sedikit demi sedikit yang ada
pada umurnya
Dikurangkan rezeki di dalam usahanya
Tiada dipelihara baginya agama Islam
Dikurangkan pengaruh-pengaruh baik pada dirinya
Segala amal kebajikan yang diamalkan dalam dunia ini
tiada diberi pahala oleh Allah akan dia.
Tiada diangkat oleh malaikat ke langit akan segala
amalnya
“Tiga perkara sewaktu hendak mati”
Dimatikan dalam kehinaan
Dimatikan dalam keadaan sangat lapar
Dimatikan dalam keadaan sangat kehausan walaupun
dituangkan air kekerongkongnya sebanyakmanapun
“Tiga perkara sewaktu dalam kubur”
Dihimpit tanah dalam kuburnya sehingga keadaan
tulang selangkanya remuk sama sekali dan Tuhan memerintahkan malaikat Munkar
dan Nankir menyiksanya sehingga hari kiamat.
Didatangkan Allah seekor ular besar bernama
SHWAUN-RAK yang keadaannya sangat dasyat, matanya seperti guruh dilangit
menggigit dan membenamkan kukunya kepada mangsanya hingga hari kiamat.
Didatangkan malaikat yang bertongkat besi, sambil
berkata dengan suara yang ganas dan kuat seperti guruh di langit seraya
berkata:
“Aku diperintahkan oleh Allah memalu (memukul)
engkau
daripada subuh hingga zuhur, dan zuhur hingga subuh”
Tiap-tiap kali pukul atau paluan itu tertanam tubuh
kita hingga 70 hasta ke dalam tanah, maka dikeluarkan pula kukunya yang mana
keadaan memakan masa selama sehari semalam dalam perjalanan.
dyannayusof<3
No comments:
Post a Comment