Putih
Melambangkan kesucian dan kesegaran .Ia simbol
seorang yang ingin memulakan hidup baru.Ia ibarat kain kanvas yang menunggu
lakaran seorang artis .Ia juga melambangkan kebersihan dan kebolehan
professional.
Merah
Melambangkan tenaga fizikal..Dari segi kebaikannya
dia melambangkan bahawa pemakainya dapat menyelesaikan kerja-kerjanya. Aspek
negatifnya ,ia melambangkan bahawa pemakainya memaparkan paksaan dan
keagresifan .Merah juga berkait denagn tenaga seksual ,juga kemarahan.
Jingga
Ia adalah campuran merah dan putih . Ia melambangkan
sifat kewanitaan .Ia melambangkan cinta, kelembutan dan juga perasaan.
Oren
Warna ini adalah campuran dan kuning .Ia
melambangkan kekuatan kerana ia menggabungkan tenaga fizikal warna merah dan
daya mental warna kuning .Warna ini melambangkan pencapaian dan pembelajaran
tetapi ia di anggap warna yang amat kuat dan pelik bagi setengah setengah
orang.
Kuning
Ini adalah warna tenaga mental dan berkait dengan
penarian intelektual dalam berbagai bidang.Ia adalah warna yang baik untuk
sesiapa yang cuba berfikir dan menumpukan perhatian terhadap sesuatu ,tetapi
bagi setengah orang ia di anggap warna yang memaksa .Ada juga mengaitkan kuning
dengan sikap pengecut.
Hijau
Warna ini adalah kombinasi kuning dan biru .Ia di
anggap warna alam .Ia berkait dengan pertumbuhan dan pembaikan dan di anggap
warna yang baik untuk mereka yang bekerja dengan benda ;benda hidup dan yang
menolong atau mengubati orang lain .Sekiranya anda sakit ,adalah baik memakai
warna hijau kerana ia menolong tubuh untuk mengubati diri .Ia juga warna yang
baik untuk berehat dan menenangkan fikiran .Warna hijau di kaitkan dengan cemburu.
Ungu
Ia adalah warna peningkatan spiritual dan tanda
memahami apa yang tersembunyi .Orang yang memakai warna ini di katakan
mempunyai pengetahuan khas dalam bidang kerohanian .
Hitam
Ia adalah warna yang melambangkan dukacita dan
ketakutan .Ia juga melambangkan sifat sofistikated dan boleh menyesuaikan diri.
Coklat
Ia tanda banyak wang .Ia juga tanda pengasih ,dan
mempunyai prospek masa depan .Jika mahu banyak wang ,ada yang menyarankan agar
memakai warna coklat .
No comments:
Post a Comment