Sunday 17 June 2012

juz 4 kaum HAWA



HAWA.....................
Andai engkau masih remaja,jadilah anak yang solehah buat kedua ibu
bapamu,andai engkau sudah bersuami,jadilah seorang isteri yang dapat
meringankan beban suami,andai engkau seorang ibu,didiklah anak-anakmu
sehingga mereka tidak gentar untuk memperjuangankan Ad-Din Allah.

HAWA....................
Andai engkau belum berkahwin,janganlah engkau
risau jodohmu,ingatlah janji Allah,bahwa wanita yang baik adalah untuk
lelaki yang baik (surah An-Nur : 26).Jangan dimulakan pertemuan dengan
lelaki yang bukan mukrim,kerana bermula dari mata turun kehati,maka
lahirlah senyuman,dan dikhawatiri nafsu kejahatan yang akan menguasai
diri.

HAWA....................
Lelaki yang baik tidak melihat paras
rupa,lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya,lelaki
yang warak tidak memandang wanita melalui keayuan,kemanjaan serta
kemampuannya untuk menggoncang iman lelaki,tapi lelaki yang baik akan
menilai wanita melalui akhlaknya,pribadinya dan yang penting pegangan
agamanya. Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan
wanita yang bukan mukrimnya,kerana dia tidak mau memberi kesempatan
kepada syaitan untuk menggodanya.Lelaki yang warak juga tidak mau
bermain cinta,kerana dia tau matlamat perhubungan lelaki dan
wanita,iaitu sebuah perkahwinan yang diredhai.

HAWA....................
Oleh itu,jagalah auratmu,awasilah pandanganmu,peliharalah
akhlakmu,kuatkanlah imanmu.Andaikata ditakdirkan tiada cinta daripada
adam untukmu,cukuplah hanya cinta Allah yang memenuhi dan mengisi
kekosongan jiwamu,biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapa serta
keluargamu yang memberi semangat kebahagiaan buatmu.

HAWA....................
Cintailah Allah dengan sepenuh hati dikala
susah dan senang,kerana engkau akan memperolehi cinta daripada insan
yang juga mencintai Allah dengan sepenuh hati,cintailah kedua ibu bapa
serta keluargamu,kerana engkau tidak akan memperolehi cinta yang bahagia
selain dari cinta keluargamu.

HAWA....................
Ingat! Janganlah
sesekali tangan yang menggoncang dunia,juga menggoncang iman lelaki.
Sedarlah akan hakikat kejadianmu.Sabda Baginda s.a.w : "seindah-indah
hiasan didunia ini adalah wanita solehah" (Hadis Riwayat Muslim)
(mujahidah solehah perindu jannah)

YA ALLAH.. terlalu banyak dosa2 ku  terhadap-Mu.. ampunkan lah dosa2ku ...aminn
:-(

No comments:

Post a Comment